Wednesday, May 7, 2008

3 + 1 Education Plan

CIMB Wealth sasar 400 pelan pendidikan sebulan

KUALA LUMPUR 6 Mei - CIMB Wealth Advisors Bhd. (CIMB Wealth) menyasar menjual 400 Pelan Pendidikan 3 Dalam 1 setiap bulan yang dilancarkannya pada hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Beng Wah berkata, sasaran itu mampu dicapai kerana pelan tersebut berpotensi menawarkan pulangan lebih tinggi berbanding pelan pendidikan lain apabila pelabur menambah nilai pelaburan secara kerap bagi mendapat pulangan yang lebih cepat.

"Pelan itu kekal aktif walaupun pelabur meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal kerana pemiliknya dilindungi sehingga tempoh matang selepas dana pelabur dipindahkan kepada warisnya.

"Selain itu, bagi memenuhi keperluan pelabur yang berbeza, pelan ini menawarkan pilihan sama ada dalam versi konvensional Islam," katanya pada majlis pelancaran pelan tersebut di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi CIMB Wealth, Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin .

Pelan tersebut merupakan produk yang menggabungkan pelaburan dalam saham amanah, takaful dan insurans serta khidmat penamaan amanah dalam satu pakej mudah.

Menurut Beng Wah, pelancaran pelan itu tepat pada waktunya ketika masyarakat berdepan dengan senario mencabar untuk membuat simpanan bagi tujuan pendidikan tinggi.

"Kos pendidikan semakin meningkat dari tahun ke tahun dan pada masa sama, ibu bapa masih bergantung dengan pinjaman, biasiswa dan hasil pelaburan lain untuk membiayai pendidikan tinggi anak mereka.

"Faktor itu jelas memberi gambaran apabila perlunya satu pelan simpanan pendidikan yang mudah tetapi efektif kepada masyarakat," jelasnya.

No comments: